Petang-petang mesti rasa nak mengunyah kan? Haa inilah waktu terbaik untuk nikmati kudapan rangup dan mencuba resepi cucur udang ni! Bukan sahaja garing di luar dan lembut di dalam, ia juga gluten-free! Jadi lebih selamat untuk anak-anak yang ada alahan gluten.
Bahan-bahan:
- 1 cawan nasi
- 1 cawan tepung beras
- 1 biji telur
- 1/2 cawan air
- Perasa garam & gula
- Lobak merah
- Bawang Holland
- Daun sup/ketumbar/bawang
- Udang
Cara penyediaan:
- Letak nasi, tepung beras, telur, air dan perasa di dalam mesin kisar untuk dikisar
- Setelah dikisar, campurkan lobak merah, bawang Holland, udang, dan daun sup/ketumbar/bawang. Untuk resepi ni sis letak daun ketumbar, tapi korang boleh masukkan salah satu daun yang sis kasi tadi 🥰
- Gaul semua bahan-bahan dengan sebati.
- Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali dan masukkan adunan tadi satu per satu.
- Goreng sehingga keperengan (golden brown).
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!