TF Value Mart

Slurp🤤 Asam Laksa Padu

Tahu tak asam laksa ni serius senang yakmat! Nak sediakan bahan dan nak memasak tu tak amik masa yang lama pun tau. Boleh follow je resepi ni ye. Kalau yalls dah power resepi, confirm tak cari kat luar dah hihi

Tak dan nak cerita lebih.. Jom kita buat! Selamat mencuba šŸ™Œ

Bahan:

  • Ikan kembung (4 ekor) (direbus)
  • 625ml air
  • Asam keping
  • 1 ikat daun pudina
  • 1 cawan daun salad (dihiris)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji timun
  • 250g nenas
  • Garam
  • 2 inci lengkuas
  • Laksa
  • 1 biji bawang merah (potong)
  • Bawang putih
  • Cili padi merah
  • Limau kasturi
  • Cili boh
  • Bunga kantan

Cara penyediaan:

  1. Ikan kembung tadi direbus dan ambil bahagian isi sahaja.
  2. Kisar atau tumbuk bawang putih dan bawang besar. Kemudian masukkan cili boh.
  3. Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping & isi ikan kembung yang telah direbus. Kemudian renehkan selama 10 minit.
  4. Potong and hiris halus daun salad, daun pudina, bawang besar, timun dan nenas. Selepas 10 minit, masukkan sedikit garam.
  5. Kemudian, laksa tadi boleh jelur seketika dan tapis.
  6. Hidangkan laksa bersama kuah, cili padi merah, salad, bawang besar,, timun, daun pudina dan limau kasturi.
  7. Selamat menjamu selera!

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!