Kadang-kadang teringin nak something extra, tapi taknak keluar modal besar. Tak perlu risau pun! Korang boleh masak sendiri di rumah dengan cara yang mudah. Nah, sini resepi Creamy Tomyam Pasta yang simple, creamy, pedas just nice. Semua bahan pun senang sangat nak cari di TF Value-Mart. Jadi, jom cuba buat sendiri, barulah puas hati!
Bahan-bahan masak:
- Minyak masak secukupnya
- 1/2 biji bawang holland
- 4 ulas bawang putih
- 1-2 sudu makan pes tomyam
- Udang sesuai selera
- 1/2 cawan susu sejat
- Sedikit air rebusan pasta
- 4 helai daun limau purut
- 1/2 kiub pati ayam
- Sedikit gula
- 1/2 bungkus spaghetti
- 4 tangkai cili padi
- Sedikit perahan jus limau nipis
- Hirisan daun ketumbar

Cara masak:
- Rebus spaghetti dan toskan air.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bawang holland & bawang putih.
- Masukkan pes tomyam, air rebusan pasta, kiub pati ayam, gula dan udang ke dalam kuali. Kacau.
- Masukkan susu sejat, daun limau purut dan spaghetti yang telah direbus. Gaul hingga sebati.
- Tambah cili padi dan jus limau nipis.
- Taburkan hirisan daun ketumbar.
- Sedia dihidangkan.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 49 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











