Siapa je dekat sini tak suka makan sambal betul tak? Sambal ni ibarat pembuka selera ha gitu. Hari ini sis nak ajar resepi sambal paling simple tapi bila dah masuk mulut fuhhh sedap, Sambal Gesek! Penggemar makanan pedas konfem minat lah nak cuba buat hihi. Yang penting bahan nya tak banyak pun, jom tengok apa bahan-bahannya di bawah.
Bahan-bahan:
- 14 biji cili merah
- 8 biji cili hijau
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji limau purut
- Garam
- Gula
- Minyak
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak.
- Masukkan cili merah, cili hijau, bawang merah & bawang putih. Goreng & kacau sehingga bertukar warna.
- Angkat & tapis bahan-bahan tadi.
- Sediakan lesung batu & masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi ke dalam lesung batu.
- Masukkan garam & gula secukup rasa.
- Tumbuk sehingga lumat. Perahkan limau nipis & siap untuk dihidang!
Senang bukan? Makan bersama nasi & telur dadar sememangnya ‘comfort food’ sangat! Yang penting…gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!