Sambal belacan adalah pelengkap hidangan kampung. Ada macam-macam versi nak buat sambal ni. Dari guna belacan bakar sampai yang digoreng. Sembang pasal sambal belacan, kecur air liur dibuatnya apabila teringatkan rasa pedas-pedas masin yang diseimbangkan dengan sedikit rasa manis.
Kalau selalu buat sambal belacan mentah, ni cuba pulak buat yang bergoreng, sedap dimakan dengan nasi panas, lauk ringkas ayam goreng atau ikan goreng. Kena pulak ulam-ulaman segar macam daum selom, ulam raja,pegaga atau jantung pisang rebus, boleh licin nasi berpinggan-pinggan.
Bahan-bahan:
- 3 biji cili merah
- 10 biji cili padi (ikut pedas)
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- Sedikit belacan
- Air asam jawa
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Langkah Penyediaan:
- Goreng cili padi hijau dan merah, lada besar hijau dan merah, tomato, bawang besar, bawang putih dan belacan.
- Goreng sehingga bahan agak layu, kemudian tutup api.
- Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam pengisar.
- Kisar tetapi pastikan tidak terlalu hancur.
- Kemudian goreng masukkan semula bahan dikisar menggunakan minyak gorengan cili tadi.
- Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan air. Masak dengan api perlahan, biarkan ia mendidih dan kering airnya.
- Akhir sekali masukkan garam, gula, air limau kasturi dan serbuk perasa
- Apabila sambal pekat boleh tutup api dan boleh dihidang makan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!