TFValue Mart

Salad Timun: Hidangan Ringan dan Memuaskan!

 

Mesti ada parents yang struggle nak pastikan si kecil makan sayur? Kita sharekan satu recipe untuk korang – Salad Timun! Resepi ni mudah dan cepat serta gabungan elemen berkhasiat dan fun untuk memastikan anak anda mendapat nutrisi yang mereka perlukan. Anda juga boleh mix bahan-bahan lain untuk variasi rasa, semuanya terpulang pada kreativiti anda! Happy eating 😋

Bahan:

  • 1 Timun Jepun
  • 1 Bawang Merah Besar
  • 1 Greek Yogurt
  • ½ cawan Mayonis
  • 1 ulas Bawang Putih
  • Daun Basil
  • 1 Lemon yang diperah
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Timun, bawang merah dan bawang putih dihiris nipis.
  2. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk kecil.
  3. Masukkan Greek Yogurt, mayonis, bawang, dan daun basil. Perah lemon dan tambah secubit garam.
  4. Gaul sehingga sebati.
  5. Siap!

Tips:

  • Daun Basil ada rasa lebih manis dan rasa minty salad timun anda akan rasa manis dan fresh.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!