TFValue Mart

Sajian Ringkas Terung Berlada

Hidangan Terung Berlada ni sangat ringkas dan mudah untuk disediakan. Tapi hati-hati, takut tak cukup nasi sebab sedap sangat. Lagi-lagi ada kriuk-kriuk dari ikan bilis goreng, memang membuka selera. Pada uls yg dah tak tau nak masak apa untuk menu berbuka atau bersahur nanti boleh la cuba ye.

Bahan-bahan: 

  • 4 biji terung panjang
  • Segenggam Ikan bilis, digoreng garing
  • 4 biji Cili besar
  • 3 biji Cili padi
  • 3 ulas Bawang putih (kisar halus)
  • 1 biji Bawang merah
  • Gula
  • Garam

Langkah penyediaan:

  • Panaskan minyak dan goreng terung. Angkat dan ketepikan.
  • Tumbuk cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  • Tumis bahan yang ditumbuk sehingga terbit bau wangi.
  • Masak sehingga garing dan perasakan. Tambah air supaya sambal sedikit berkuah.
  • Masukkan terung dan gaul sebati.
  • Angkat dan taburkan ikan bilis goreng.
  • Siap untuk dihidang.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!