TF Value Mart

Roti Golok Gebu & Viral

Resipi Roti Golok

Ada peminat roti golok kat sini?! Rasa manis yang dipadankan dengan struktur roti yang gebu. Confirm ramai yang tak mampu nak tolak haha Tengok je pun dah mampu buatkan kita yang kenyang jadi lapar. Jom ikut resepi mudah yang dikongsikan oleh Adindez Dinde ni. Selamat mencuba!

Bahan-bahan: 

  • 1 cawan air suam
  • 1 paket yis 
  • 4 sudu gula 
  • 2 sudu susu pekat 
  • 2 sudu planta
  • 3 ½ cawan tepung 
  • 1 biji telur

Cara penyedian: 

  1. Campurkan yis dan air, biarkan yis rehat dan berbuih. 
  2. Telur dipukul sedikit. 
  3. Campurkan susu pekat, gula, planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung dan kacau sebati. 
  4. Curah bancuhan yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung tadi (ikut pad akeperluan tepung, ada masa tak perlu guna ke semua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan dah okay). 
  5. Rehatkan dalam satu jam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda. 
  6. Kemudian tumbuk-tumbuk doh yang sudah kembang tadi dan uli sehingga cantik dan licin. 
  7. Boleh lah dibentuk dan di letakkan dalam bekas. 
  8. Rehatkan doh sekali lagi. Biarkan naik 2 kali ganda. 
  9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c. 
  10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau butter cup dan tabur dengan gula halus. 
  11. Siap untuk dihidang. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!

';