TFValue Mart

Resepi Viral & Sedap. Hidangan Tradisi Jawa, Punten & Sambal Ijo!

Resepi ni kerap sangat ye keluar kat FYP! Terliur je tengoknyaaa hihi Pastu ramai pulak yang cakap sedap. Lagi lah buatkan kita rasa nak try! Dengarnya hidangan ni merupakan hidangan tradisi bagi masyarakat jawa. Moh la kita buat resepi Punten & Sambal Ijo dari sis Nur Laila.

Selamat mencuba 🙌

Bahan (Nasi Punten): 

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air (campur santan)
  • Sedikit garam (untuk naikkan rasa lemak)

Cara Memasak:

  1. Basuh beras dan satukan semua bahan. Masak nasi macam biasa. (tekstur nasi akan lembik)
  2. Bila sudah masak, tumbuk @ lenyek nasi supaya hancur. Kemudian bentukkan menggunakan sudip.

Bahan (Sambal Punten):

  • 2 biji bawang besar – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 1 genggam cili api kampung – kisar
  • Sedikit ikan bilis – kisar
  • 1 genggam ikan bilis
  • 4 sudu gula
  • ½ sudu garam
  • Air asam jawa secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan guna minyak yang banyak.
  2. Tumis semua bahan kisar beserta 1 genggam ikan bilis sampai garing.
  3. Kemudian masukkan garam, gula serta air asam jawa dengan secukupnya. Masak sambal sampai pecah minyak.
  4. Pastikan sambal ada rasa manis masin dan masam secukupnya. Boleh ubah suai garam dan gula ikut cita rasa masing-masing.

Nota:

  1. Untuk lebih mudah nasi menjadi halus, rendam beras sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dimasak. Hasilnya bila nasi sudah masak, ia lebih mudah halus bila ditumbuk atau dilenyek.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!