Hi hi hi! Cik Dee bila tengah craving nak makan makanan manis, confirm akan cari kek.. Tapi disebabkan perut kecil, itu yang kena bawak orang untuk makan sesama hihi Kononnya taknak membazir gitu! Kalini Cik Dee craving nak makan Kek Tapak Kuda sebab selalu sangat keluar kat FYP 😋
Nasib lah jumpa resepi yang versi mini.. Boleh la kita cuba sesama 🤭 Untuk topping dia, Cik Dee pilih hazelnut crunchy. Kenapa? Sebab bolehh yer 👌 Resepi ni sesuai lah untuk makan petang ramai-ramai dengan yang tersayang! Okei, mari lah kitaaa mula👌
Bahan-bahan:
- 3 biji telur (gred B)
- 2 biji kuning telur
- ½ cawan gula halus
- ⅓ cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar ovalet
- 1 sudu teh esen vanila
- ⅓ cawan butter cair
- Chocolate emulco
Bahan (Topping)
- Nestum
- Hazelnut Spread
Cara Penyediaan:
-
- Masukkan telur, gula, tepung gandum, baking powder, ovalet dan esen vanilla ke dalam mangkuk & mix sehingga kembang.
- Kemudian, masukkan butter cair dan gaul sehingga sebati.
- Ambil separuh adunan dan letak chocolate emulco.
- Sediakan loyang 6×6 atau 10×10. Masukkan adunan chocolate terlebih dahulu ke dalam loyang dan ratakan.
- Kemudian, masukkan pula adunan yang tidak bercampur chocolate ke dalam loyang dan ratakan.
- Lebihan adunan chocolate tadi boleh letak di atasnya dan guna kan lidi untuk membuat corak.
- Panaskan oven selama 10 minit.
- Bakarkan adunan tadi pada suhu 170 c selama 25 ke 30 minit (bergantung pada oven masing-masing).
- Bila kek dah sejuk, barulah letakkan topping pilihan (I letak hazelnut & hazelnut crunchy). Boleh letak 2 3 sudu di atas kek dan ratakan.
- Kemudian, gulungkan kek tersebut. Letak dalam peti ais beberapa jam dan bila nak makan, boleh keluarkan dan potong. Siap!
Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 46 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!