TFValue Mart

Resepi Tom Yum Goong Padu

Dah terbiasa sangat dengan tom yum campur, apa kata kita tukar sikit menu hari ni. Kita pekena pulak tom yum udang atau tom yum goong yang kaw. Memang padu bak hang! 

Paling penting kena ada 3 bahan utama; serai, lengkuas dan juga daun limau purut. Daun ketumbar pula akan menaikkan lagi rasa tom yum ni. Sayuran pula boleh gunakan apa-apa jenis sayur mengikut selera masing-masing. Tapi resepi asalnya hanya menggunakan cendawan. Selamat memasak!

Bahan-bahan: 

  • Kulit dan kepala udang
  • 3 cawan @ 750 ml air
  • 5 – 6 hirisan lengkuas
  • 2 batang serai
  • 6 helai daun limau purut
  • 1 akar daun ketumbar
  • 2 tangkai cili padi
  • 3 sudu besar susu cair
  • 1 cawan cendawan shitake/tiram
  • 2 sudu besar pes tom yum
  • 1 1/2 sudu besar sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Bawang merah
  • 15 ekor udang
  • 2 sudu besar jus limau
  • Daun ketumbar

Langkah penyediaan:

  • Masukkan kulit dan kepala udang di dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering. Kemudian masukkan air dan rebus selama 10-15 minit untuk dijadikan stok udang.
  • Keluarkan kulit dan kepala udang tadi dan tinggalkan stok udang di dalam kuali.
  • Kemudian masukkan lengkuas, serai, daun limau purut, akar daun ketumbar dan cili padi. Kacau dan biar sehingga mendidih.
  • Tambahkan susu cair dan cendawan dan biar sehingga cendawan masak.
  • Masukkan pes tom yum, sos ikan, garam serta gula secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih.
  • Masukkan hirisan bawang dan udang. Kacau dan tutup api.
  • Akhir sekali, masukkan jus limau dan daun ketumbar sebagai hiasan. Siap!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!