Kek klasik yang selalu jadi kegemaran ramai. Sedap! 

Kalau dulu, musim raya je mesti ada kek sarang semut yang terhidang atas meja. Kek klasik kegemaran ramai ni nampaknya makin lama makin susah nak dijumpai melainkan kalau buat sendiri.

Berbeza dengan kek lain, kek sarang semut ni sangat senang nak buat dia, cuma kena banyak sabar part nak buat sarang dia tu. Kalau pandai tekniknya, memang cantik sarang yang terbentuk. 

Jom sis nak share sikit resepi mudah kek sarang semut yang boleh jadi kegemaran isi rumah cara masak mudah dan cepat.

Bahan-bahan:

  • 200g gula perang @ gula putih 
  • 250ml air panas 
  • 3 biji telur size A @ 4 biji telur size B
  • 155g susu pekat manis 
  • 80g butter 
  • 125g tepung gandum 
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat 
  • 1 sudu kecil esen vanilla 

Cara penyediaan: 

  1. Sediakan loyang dan lapik dengan kertas baking.
  2. Ayakkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
  3. Masak gula perang @ putih sehingga perang dan larut.
  4. Bila dah perang, masukkan air panas dan biarkan gula larut sekata. Kemudian boleh angkat dan ketepikan.
  5. Kemudian cairkan butter dan ketepikan dulu.
  6. Pecahkan telur dan kacau sehingga sebati guna whisk.
  7. Kemudian masukkan susu pekat dan esen vanilla kacau lagi sehingga sebati.
  8. Masukkan butter yang dicairkan tadi & masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  9. Aher sekali masukkan gula karamel cair tadi & kacau bagi sebati.
  10. Tutup adunan dah perap selama 1 jam.
  11. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Tapis dulu adunan supaya adunan halus dan tak berketul sebelum bakar dengan api bawah sahaja selama 20 minit dengan suhu 150c.
  12. Selepas 20 minit…tukar kepada api atas bawah & teruskan bakar selama 25 minit atau sehingga masak ikut suhu oven masing-masing.

Hasil dia kek akan jadi macam ni…

Cuba tengok sarangnya dari dekat, lawa kemainnn uolss.

Kredit resepi & gambar: Aleezaa Nabil

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!