TFValue Mart

Resepi Telur Kukus Gyeran-jjim

Asyik telur dadar jer, apa kata kali ni kita ajar tekak makan telur kukus pulak. Gyeranjjim ialah hidangan kustard telur berperisa yg femes kat Korea. Ia merupakan hidangan sampingan masa sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di rumah. Kat restoran pun ramai yg order ni.  Gyeranjjim sangat cepat dan mudah untuk disediakan sampai ramai yg sering menambahnya dalam menu pada saat-saat akhir. Senang nak buat la katakan.

Biasa org pakai telur dan daun bawang jer, tapi kalau nak tambah sayur-sayuran cincang lain seperti lobak merah, bawang, dan/atau zucchini adalah tambahan yang bagus juga. Sesuai mkn dengan nasi.  Ia adalah hidangan sampingan yang popular yang sesuai dengan mana-mana hidangan Korea. Cubalah dengan resipi mudah ini!

Bahan-bahan: 

  • 4 butir telur
  • 1 gelas air masak atau stok sayuran
  • ½ sudu teh sos ikan
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1 tangkai daun bawang – hiris nipis
  • 2 senduk minyak bijan
  • Sedikit garam

Langkah Penyediaan:

  • Kacau telur menggunakan garfu dan tapis ke dalam mangkuk. 
  • Tambahkan bahan-bahan lain dan kacau sebati. Pukul lagi sehingga kembang.Masukkan dalam bekas kukusan dan nyalakan api.
  • Kukus selama 8-10 min dengan api sederhana.
  • Kacau telur dengan sudu dan tambahkan hirisan daun bawang. Tutup dengan aluminium foil dan masak lagi selama 4 minit.
  • Siap untuk dihidang!

Tips:

  • Untuk mendapatkan tektur telur yang lembut, masak adunan telur diatas air kukusan yang belum mendidih. Cara ini juga dapat mengelakkan telur dari kempis setelah dikeluarkan dari kukusan.
  • Biasanya hidangan ini dimasak dalam mangkuk tanah (ttukbaegi), tapi boleh sajaha menggunakan mangkuk ramekin atau kaca tahan panas.
  • Sekiranya tiada kukusan, menu ini boleh juga dimasak menggunakan mictowave. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!