TF Value Mart

Resepi Tangkap Leleh Pecel Lele

Peminat ikan keli sila hadir!!! Mana yg tak tau, Pecel lele ni adalah menu dari jiran kita, Indonesia. Femes kat sana ni. Sajian ni lazimnya menggunakan ikan keli yang di goreng garing dan dihidang bersama nasi putih, lalap hirisan timun, kobis & kacang panjang. Tak lupa juga sambal pedas. Baru la meleleh. Kalau nak tambah tauhu dan tempe yang digoreng garing pun onz jer.

Bagi uols yg nak try boleh ikut resepi kat bawah ni yer.Β 

Bahan- bahan

  • 5 ekor ikan keli (bersihkan dan kelar)
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Kunyit
  • Tomato
  • CiliΒ 
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Garam
  • Gula merah (boleh guna gula nisan kalau ada)
  • Timun
  • Sayur kubis
  • Kacang panjang

Langkah penyediaan:

  • Siang ikan keli dan cuci dengan asam jawa (untuk hilangkan hanyir dan lendir) dan bilas. Lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
  • Goreng tomato, cili, bawang merah, bawang putih dan tumbuk halus. Perasakan dengan garam dan gula merah secukupnya.
  • Hidangkan bersama lalap, sambal, nasi panas dan sup kosong.
  • Sedia untuk dinikmati!!

Tips untuk menghilangkan lendir dan juga bau hanyir pada ikan keli:

  • Perap dengan tepung

Kata orang tua-tua, guna tepung beras lebih elok. Tapi kalau tak ada, guna tepung gandum pun boleh. Caranya, taburkan tepung pada ikan keli dan perap lebih kurang 15-30 minit. Kemudian basuh seperti biasa.

  • Garam + limau kasturi

Gosok ikan keli yang siap disiang dengan garam kasar tanpa air dan bilas seperti biasa. Kalau masih berlendir, toskannya dan gunakan campuran 3 sudu besar garam bersama beberapa biji perahan limau kasturi dan ratakan. Perap selama 15 minit sebelum dibilas. Guna hirisan limau tu untuk gosok badan ikan keli hingga bersih.

  • Cuka

Boleh juga guna campuran cuka dan sedikit air dan basih ikan menggunakan campuran ini sebelum bilas seperti biasa.

  • Daun serai

Ambil daun serai dan potong pendek-pendek. Ramaskan daun serai dan gaulkan pada ikan. Lebih elok rendamkan sekejap. Kemudian barulah bilas seperti biasa.

  • Air basuhan beras

Ada juga yang guna air basuhan beras Katanya, lendir lebih senang tertanggal dan bau hanyir pun hilang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!