TF Value Mart

Resepi Tak Lapuk Dek Zaman – Singgang Pedas Ikan kembung

Mana peminat masakan singgang? Cik Dee ada jumpa satu resepi ni tauu & bila sekali jumpa terus #lurve yalls! Resepi Singgang Pedas Ikan Kembung dari Che Nom. Padu ye. Macam Cik Dee siap bertambah 2 kali pinggan nasi. Kalau tiba-tiba takde selera makan tu boleh la jumpa masakan ni. Confirm auto selera ada balik HAHA Moh kita jumpa yuk!

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan kembung
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 batang serai (di ketuk)
  • Daun kesum
  • 1 inci lengkuas (di hiris nipis)
  • Garam & gula secukup rasa

 

Bahan Kisar Halus:

  • 3 biji cili merah
  • 3 – 4 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Secubit belacan

Cara Penyediaan:

  1. Rebus air bersama bahan kisar sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika.
  2. Masukkan serai, lengkuas, asam gelugor, ikan kembung dan daun kesum.
  3. Perasakan dengan gula & garam secukup rasa. (Jangan kacau kerana ikan mudah hancur) Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidang bersama nasi putih.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk yalls!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk yalls try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 42 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TF Value-Mart sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!