Resepi Taco Mexico Pasti Menambat Hati Sekeluarga

Tengok iklan dekat sosmed orang jual taco terus rasa teringin. Tapi nak keluar pergi beli waktu pandemik ni tak boleh sebab jauh. So hari ni sis nak share dengan uolls resepi buat taco. Bahan2 pun uolls boleh beli dekat kedai area rumah. Hujung minggu sambil lepak2 tengok tv dengan husband, boleh lah makan sama2 🥰

Bahan-bahan: 

  • Ayam potong dadu (isi je tau)
  • 3 sudu besar taco seasoning
  • 1 bawang kuning (cincang)
  • 1 bell pepper, dicincang (jalapeno jika ada)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 2 sudu teh minyak/mentega

Cara-cara:

  1. Masukkan minyak di dalam kuali di atas api sederhana, setelah panas, masukkan bawang. Masak bawang hingga menjadi lembut. Masukkan bell pepper/jalapeno dan masak lebih kurang 3 minit.
  2. Setelah itu, masukkan ayam dan masak hingga cecair di serap oleh ayam (masak sehingga kering). Masukkan taco seasoning. Masak lebih kurang seminit, angkat dan sedia untuk dimakan bersama tortilla. 

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!