Resepi Sup Siam Sedap – Masam Masam Berlemak Padu

Fuh tengok nama je pun dah terbayang dia punya rasa tu. Sedap betul ni kalau dapat hirup panas-panas.

Korang pernah dengar tak pasa; sup siam. Kalau korang suka makan masam-masam tapi ada rasa lemak padu, kami ada resepi mudah untuk korang masak iaitu sup siam daripada Puan Rafidah Zainul.

Kredit: Rafidah Zainul

Bahan-bahan:

Kredit: Rafidah Zainul

  • Ayam seekor
  • Ulas bawang putih
  • ½ cm halia *tumbuk halus
  • Bawang holand 1 biji
  • Tomato 1 biji
  • Batang saderi 2 batang
  • Serai 2 batang
  • Daun limau purut 3 helai
  • Perahan limau nipis 1biji
  • Carrot 1 batang
  • Cili api tumbuk kasar. 

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau.

2. Tambah sayur-sayur carrot, saderi, serai, daun limau, bawang holland sehingga layu.

Kredit: Rafidah Zainul

3. Tambah air dan ayam. reneh sekejap.

4. Tambah tomato, garam, serbuk perisa (jika suka) dan air perahan limau nipis.

Kredit: Rafidah Zainul

Dah siap!

Ini kalau korang makan masa tekak tengah tak sedap atau tengah tak ada selera memang confirmlah selera korang tu datang balik.

Nak hirup macam tu pun sedap, nak letak bihun pun sedap. Nak makan dengan nasi pun sedap tapi bahayanya nanti bertambah tambah tak ingat dunia. T-T

Kalau korang tak tahu nak pergi cari bahan-bahan nak masak ni, korang pergi je TF Value Mart. Harga memang sesuai sangat dengan kita yang ada bajet rakyat marhaen ni.

Selamat mencuba!

Sumber dan kredit gambar: Rafidah Zainul

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!