TFValue Mart

Resepi Sup Ekor Tumis Darat

Sup ekor ni ada macam-macam versi. Ada yang ala mamak, siam  atau versi biasa. Yang iols nak share kat sini adalah sup ekor versi kaw macam yg selalu kita pesan kat kedai tom yam tu. Sekali rasa gerenti teringat-ingat siang malam. Supnya tak terlalu berlemak, tidak terlalu masam atau terlalu berempah. Just nais orang kata. Kena pulak dengan sambal kicap yang mantap, merecikk dikk!

Bahan-bahan: 

  • 1kg ekor lembu (bersihkan dan potong mengikut kesesuaian)
  • 4 cawan air rebusan tulang (boleh guna stok daging jika mahu)
  • 2 batang seleri (potong serong)
  • 1 batang lobak merah (potong baji)
  • 3cm halia (di titik)
  • 2cm lengkuas (di titik)
  • 2 batang serai (di titik)
  • 5-6 tangkai cili padi (di titik)
  • 1 biji tomata (belah empat)
  • 4 ulas bawang putih (di titik)
  • 1 biji bawang besar (di dadu)
  • 1 biji limau nipis
  • 1 bunjut perencah sup tulang
  • 2 batang kayu manis
  • 3 biji bunga lawing
  • 3 biji bunga cengkih
  • Garam, lada hitam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun sup
  • Sedikit bawang goreng 

Langkah Penyediaan:

  • Rebus ekor dalam air biasa sehingga mereneh. Tutup api dan buang airnya.
  • Gantikan dengan air rebusan tulang atau stok daging. Tambahkan garam, lada hitam dan sup bunjut. Rebus sekali lagi sehingga empuk. Kecilkan api dan biar mereneh.
  • Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan 3 sekawan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai sehingga wangi.
  • Tambahkan tumisan ke dalam rebusan ekor tadi. Masak atas api sederhana.
  • Masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
  • Biarkan mendidih dan perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau.
  • Hidangkan Bersama taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
  • Lebih kaw digandingkan dengan sambal kicap.

Tips:

  • ‘Tumis darat’ ialah cara masakan ramuannya di tumis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bahan lain seperti sayur-sayuran dan bahan-bahan lain telah direbus terlebih dahulu. Biasanya tumis darat digunakan untuk hidangan berasaskan santan.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!