Cara Buat Spaghetti Carbonara
Teringin makan menu western,spaghetti carbonara? Rasanya yang unik dengan cheese dan daging membuat ia menjadi kesukaan ramai. Tak perlu ke restoran mahal, boleh masak sendiri kat rumah.
Iols kongsi dengan uols resepi rahsia spaghetti carbonara yang dijamin menjilat pinggan menggunakan sos mushroom Prego yer. Kalau ingin terasa cheesy, anda bole tambah cheese slice. Confirm sedap.
Bahan-bahan spaghetti carbonara:
- 1 paket spaghetti
- 1 biji bawang besar Holland cincang
- 5 ulas bawang putih cincang
- 5 batang sosej
- 1 tin cendawan
- 2 tin sos cendawan carbonara Prego
- 1 liter susu segar
- Lada hitam
- Oregano flakes
Langkah Penyediaan:
- Tumiskan bawang besar & bawang putih.
- Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris.
- Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
- Tuangkan sos cendawan.
- Tuangkan susu. Perasakan dengan garam. siap.
- Spaghetti rebus macam biasa hingga lembut dengan tambah sedikit minyak masak & garam. agar tidak melekat.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!