Ada orang Melayu yang tak mampu nak telan bila makan sos masam. Jadi kita buat makanan Itali jadi versi Melayu.
Spaghetti bolognese merupakan salah satu masakan tradisional Itali yang dimakan bersama sos daging. Cukup dengan rasa masam tomato, gabungan mi spageti dan sos ini memang kena dengan tekak orang Melayu.
Kredit: YouTube Kitchen Sanctuary
Tapi ada juga orang Melayu yang tak sukakan rasa masam tomato. Apa nak buat dengan mereka yang tak sukakan spaghetti bolognese versi Itali ni? Kita buatlah versi Melayu yang sesuai dengan tekak Melayu kan?
Jom tengok resepi bolognese daripada Puan Nurhayati yang gunakan bahan yang sangat mudah nak cari sama ada dekat kedai runcit atau pasar raya.
Bahan Spaghetti Bolognese utama:
- Spaghetti
Bahan Sos Spaghetti Bolognese:
Kisar semua bahan bertanda ***
- **Tomato 3 biji
- **Cili kering (10 tangkai. Buang biji dan rebus)
- **Bawang Holland 2 biji (1 blend, 1 hiris utk tumis)
- Bawang putih 2 ulas (cincang)
- Sos tomato & sos cili (sesedap rasa)
- Daging kisar
- Sosej
- Cendawan (butang /shitake/ dlm tin pun boleh)
- 1 sudu makan mix/ italian herbs atau oregano – penting sebab ini yang akan buat bau & rasa sos kita lebih kurang mcm rasa sos prego.
- 1 kiub pati ayam
- Garam, gula & black pepper secukup rasa.
Kredit: Olivia Cuisine
Cara Masak Spaghetti Bolognese:
- Grill sekejap sosej. Ketepikan & dalam kuali yang sama tambah minyak sikit & tumis bawang putih & Holland.
- Masuk daging kisar & masak sampai berubah warna.
- Masuk cendawan & masak sekejap.
- Masukkan bahan blender tadi, kecilkan api & biarkan masak perlahan…
- Bila dah sebati, masukkan sosej, sos & kiub pati ayam. Tambah air ikut kepekatan yang dimahukan.
- Perasakan dengan black pepper, garam & gula. Siap!
Boleh hidangkan bersama spageti yang sudah direbus tadi, taburkan sedikit keju parmesan. Memang heaven. Mungkin kalau ada yang nak pedas, boleh tambah sedikit cili atau lebihkan lada hitam. Hasilnya memang mengancam.
Kredit: Puan Nurhayati
Selamat mencuba resepi masak mudah dan cepat ni. Dah cuba jangan lupa kongsikan dengan kami gambarnya tau.
Sumber: Puan Nurhayati
Kredit gambar utama: Olivia Cruisine/YouTube/Everyday Healthy Recipes
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!