TFValue Mart

Resepi Soya Smoothies

Smoothie air soya? Ha, selalunya guna buah-buahan je kan, tapi sebenarnya air soya pun boleh buat smoothie tauu. Akak dah try resepi ni, korang taknak cuba ke?

Bahan – bahan:

  1. 1 kotak air minuman Soya Yeo’s (kotak kecil)
  2. 2 sudu besar aiskrim vanilla
  3. 2 sudu besar cincau 
  4. 2 sudu besar cendol
  5. buah laici (guna yang dalam tin)
  6. jagung manis (jika suka)

 

Cara penyediaan:

  1. Blendkan air soya dengan aiskrim vanila. Kalau nak blend ais sekali pun boleh, tapi kalau tak nak rasa asli soya hilang, boleh skip.
  2. Letakkan cendol, cincau (potong dadu) dan buah laici dalam gelas sebelum korang tuangkan air soya yang dah diblend.
  3. Tambah aiskrim vanila kemudian hias dengan buah laici dan jagung manis.

Haa mudah je kan? Bahan-bahan yang digunakan pun tidak begitu mahal. Dapat legakan tekak waktu panas dengan manis-manis soya dan aiskrim vanilla. Sedap kau! 

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!