Masak Soto kita hari ni gais! Kali ni iols share resepi Soto Medan okay. Bahan-bahan dia simple jer cuma ada banyak sikit step dan juga elemen untuk melengkapkan dia.
Bab begedil tu, kalau ada yang nak tambah ayam atau daging cincang boleh jer. Cuma iols rasa begedil basic dah cukup untuk complement rasa kuah soto yang pekat, lemak dan berempah. Jom mula!
Bahan-bahan:
Rempah tumis kuah soto:
- 3 biji bunga lawang
- 2 batang kayu manis
- 4 kuntum cengkih
- 6 biji buah pelaga
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar serbuk lada putih
- Rempah kisar:
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 1 inci halia
- 1 ketul kunyit hidup
Bahan untuk kuah:
- 1/2 senduk minyak masak
- 1 ekor ayam saiz sederhana (potong 4 bahagian)
- 1 biji kiub ayam
- 1 mangkuk santan pekat
- Air secukupnya
Bahan untuk begedil:
- ½ kg kentang (potong kecil dan goreng sedikit garing)
- 1 sudu besar udang kering (rendam)
- Garam, serbuk lada sulah & serbuk perisa (secukupnya)
- Hirisan daun bawang
- Bawang goreng
- Telur (untuk salutan menggoreng)
Bahan untuk kuah kicap bercili
- 1 mangkuk kecil kicap manis
- 10-15 biji cili padi
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji limau kasturi
Bahan untuk dihidang bersama soto ayam:
- Potongan nasi impit
- Taugeh
- Bawang goreng
- Suhun (goreng hingga garing)
- Isi ayam goreng (dicarik halus)
- Hirisan daun sup & daun bawang
- Hirisan cili merah
- Kacang tanah goreng
- Begedil
Langkah Penyediaan:
Kuah soto:
- Tumis bahan tumis sehingga naik bau dan masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
- Masukkan ayam dan kacau rata. Tambah air, kiub ayam dan rebus sehingga mendidih. Bila ayam dah hamper masak, masukkan pula santan pekat. Masak sehingga ayam lembut dan empuk.
- Perasakan secukupnya.
- Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
Begedil:
- Tumbuk/lenyek kentang yang telah digoreng. Asingkan.
- Tumbuk udang kering yang telah direndam sehingga lumat dan tambahkan pada kentang.
- Campurkan bahan2 lain dan perasakan. Gaul sebati semua bahan.
- Biarkan selama 30 minit sebelum campuran bahan tadi dikepal menjadi bebola leper
- Pukul telur. Salut begedil dalam telur satu persatu dan goreng sehingga keemasan.
Cili kicap:
- Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
- Kisar sehingga halus.
- Tuang ke dalam mangkuk. Tambahkan perahan jus limau kasturi dan kicap. Kacau sebati.
Cara menghidang:
- Masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya dan tambah cili kicap.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!