TFValue Mart

RESEPI SIZZLING YEE MEE YUMMI!

Bulan baru resepi baru~ Hari ni sis nak kongsi dengan semua resepi Sizzling Yee Mee ala ala makan dekat food court gitu🤭 Konfem sedap dan menyelerakan. Makan waktu dinner pun cun jugak ye tak ye? Tambah dengan telur mata separuh masak, meleleh air liur. Okey dah dah jom kita mula memasak!😍

Bahan-bahan:

  • Yee Mee
  • 4 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 7 batang cendawan shiitake (hiris nipis)
  • 3 batang cili kering (potong pendek)
  • 1 mangkuk kecil kicap lemak manis
  • 1 mangkuk kecil dada ayam
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 ½ kiub pati ayam
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb minyak bijan
  • 1 sk kicap cair
  • 1 biji telur
  • 1 ikat sayur pak choy (basuh bersih)
  • 1 liter air

Cara Penyediaan:

  1. Sedikit minyak masak. Campurkan minyak bijan, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Campakkan lada kering, sambung menumis sehingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan air, kiub pati ayam, kicap lemak manis, sos tiram, kicap cair dan juga lada hitam. Gaul sebati. Kalau ada kicap pekat, boleh tambahkan dalam 2-3 sudu besar.
  4. Masukkan dada ayam dan cendawan shiitake.
  5. Bancuhkan tepung jagung dengan air, lepastu masukkan ke dalam kuah sizzling. Gaul sebati sehingga pekat.
  6. Seterusnya ambil satu sanggul yee mee, rendamkan dalam air panas sehingga terlerai. Kemudian toskan.
  7. Panaskan non-stick pan, guna api sederhana.
  8. Masukkan kuah sizzling. Letakkan yee mee yang telah direndam, sayur pak choy bersaiz kecil dan masukkan telur.
  9. Sekali sekala gaul kan yee mee dan biarkan telur separuh masak.
  10. Siap untuk dihidang.

 

Sekali sekala tu nak lari daripada makan nasi, boleh lah cuba resepi sizzling yee mee ni okey. Memang sedap! Cuba lah dulu baru tahu hihi. Yang penting kenalah guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 46 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!