TF Value Mart

Resepi Singgang Daging KELANTAN

Masak Singgang Daging Resipi Kelantan

Kalau bab daging atau tulang ni mesti selalu kita masak sup sahaja tapi kali ini sis nak kongsikan resepi mudah untuk buat Singgang Daging versi Kelantan. Tak salah kan sekali sekala kita bertukar selera.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging – hiris/potong kecik *
  • 1½ inci lengkuas – ketuk *
  • 1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil*
  • 2 sudu besar ketumbar – tumbuk kasar *
  • 3 ulas bawang putih – mayang *
  • 4 ulas bawang merah-mayang*
  • 3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar(tidak lumat) *
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula
  • Serbuk perasa dan budu (jika suka)
  • Air 

Cara Penyediaan:

  1. Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
  2. Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). -rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan2 masuk ke dalam daging.
  3. Masukkan air. 
  4. Biarkan sehingga daging empuk.

  5. Masukkan garam dan asam keping.Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
  6. Boleh letak serbuk perasa dan budu.
  7. Lepas tu tutuplah api. Boleh dihidangkan.

Nota: Garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!