Kadang-kadang teringin nak makan roti, tapi tak nak yang kosong dan hambar macam tu je. Nak juga yang manis, lembut, dan ada ‘umph’ sikit. Nah, inilah masanya cuba Roti Sarang Lebah cicah Sos Butterscotch! Roti gebu yang pair dengan sos butterscotch pekat dan berlemak, kombinasi yang buat setiap gigitan rasa puas.Tak perlu beli pun, buat sendiri lagi puas hati! Resepinya senang, bahan pun tak banyak, semua boleh cari di TF Value-Mart. Kalau semua bahan dah cukup, jom kita mula buat Roti Sarang Lebah cicah Sos Butterscotch ni 😋
Bahan-bahan doh roti:
- 500gm tepung
- 100gm gula
- 10gm bread improver
- 5gm garam
- 10gm yis instant
- 75gm ais kiub
- 190gm air sejuk
Bahan Topping
- Badam slice
- Bijan
- Milkwash (susu segar utk sapuan atas doh)
Sos Butterscotch
- 1 cawan gula perang
- 100gm mentega
- ½ cawan dairy whip cream
- 1 sdk vanilla esen

Cara buat doh roti
- Masukkan semua bahan roti ke dalam mixer dan uli doh selama 30-40 minit. Pastikan doh menjadi elastik dan tak melekat di tangan.
- Rehatkan doh 10 minit. Ambil doh dalam 20-30gm dan bulatkan.Susun dalam loyang yang dah disapu mentega. Buat hingga doh habis.
- Perap doh dalam 30 minit hingga doh naik 2 kali ganda.
- Sapu milkwash dan tabur topping atas doh. Bakar dalam oven, suhu 180c (api atas bawah) dan set masa 20 minit.
- Keluarkan roti dan sapu dengan mentega atasnya. Sejukkan.

Cara buat sos butterscotch
- Dalam periuk, hidupkan api dapur perlahan. Cairkan mentega kemudian masuk gula perang.
- Kacau hingga gula perang larut, masukkan dairy whip cream. Cepat2 kacau supaya krim bersatu dengan gula mentega.
- Bila sos dah likat, tutup api dan letak vanilla esen. Sebatikan.
- Boleh hidangkan dengan roti sarang lebah tadi.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 48 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











