Dah bau-bau Ramadhan ni. Excited kan! Tapi masalahnya kadang-kadang takde idea nak masak apa. Jangan pening-pening, uols boleh cuba resepi simple sahaja seperti sayur bayam masak bening. Ringkas dan mudah disediakan . Tambah pulak jagung dan sambal belacan, memang terangkat la. Nak cuba? Ikut resepi kat bawah ni.
Bahan-bahan:
- 1 ikat bayam hijau
- 2 tongkol jagung (dipotong 3 bahagian)
- 1 batang lobak merah
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- ½ inci halia
- Sedikit udang kering
- Garam
- Serbuk perasa
- Air secukupnya
Langkah penyediaan:
- Tumbuk kasar bawang merah, putih, halia dan udang kering.
- Masak bumbu bersama air, jagung dan lobak merah. biarkan mendidih dan jagung empuk.
- Masukkan bayam yang siap disiang. kacar rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perisa.
- Biarkan mendidih seketika dan padamkan api.
- Siap untuk dihidang.
Pada yang gemar makanan pedas, boleh tambah sedikit hirisan cili padi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!