Confem si kecil kat rumah suka dengan resepi mudah ini! 

Sis tahu musim pandemik ni mesti ramai yang dah buntu nak masa kapa, lagi-lagi para mak-mak hehe Nasib la sis Afieyza Isahak ada kongsi resepi Roti Thai Bersama Ayam Berkrim. Kalau buat ni kat rumah untuk makan petang, bukan anak-anak je suka tapi sang suami pun mesti suka! Jom buat:

Bahan-bahan untuk roti:

  • 4 cawan tepung gandum 
  • 3 sudu gula
  • 4 sudu marjerin
  • 1 cawan setengah air 
  • 1 paket yis (11g)

Bahan-bahan untuk celup tepung: 

  • Telur 
  • Serbuk Roti
  • Bahan-bahan untuk inti
  • Bebola ayam – dilenyekkan 
  • Sos Prego Carbonara
  • Lobak merah – potong dadu 
  • Bawang merah dan putih – dikisar
  • Cili merah – hiris halus
  • Serbuk oregano
  • Serbuk parsley
  • Maggi Cukup Rasa

Cara penyediaan roti: 

  1. Satukan semua bahan untuk membuat roti sehingga menjadi doh dan tunggu adunan mengembang. 
  2. Bentukkan doh menjadi bulat kecil
  3. Apabila adunan telah naik sekali lagi, celupkan doh ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti. 
  4. Goreng sehingga keperangan dan toskan minyak. Setelah sejuk, belah roti menjadi dua bahagian.

Cara menyediaan inti: 

  1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
  2. Masukkan lobak merah dan juga bebola ayam. Tambah sedikit serbuk oregano.
  3. Masukkan sos Prego dan secawan air. 
  4. Masukkan sedikit serbuk parsley serta cili merah dan Maggi Cukup Rasa. Setelah pekat, tutupkan api. Selamat mencuba!

Kredit: @Afieyza Isahak

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!