Tiba-tiba rasa nak menjala pulak untuk juadah sarapan hari ni. Ni iols share resepi nak buat roti jala yang simple sangat. yang bestnya, roti jala ni tak keras walaupun dah lama masak. So lembut jer tak kira waktu apa kita nak makan. Sambung untuk minum petang pun onz jer!
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 3 cawan air/santan/susu segar (ikut citarasa uols)
- Sedikit pewarna kuning
Langkah Penyediaan:
- Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Tips: Cuba dalulu sebelum mula menjala adunan atas kuali. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah sedia. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
- Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah terbalikkan. Terus angkat dan gulung.
- Siap untuk dihidang bersama kuah kari kegemaran uols!
Pekena Roti Jala cicah Kari Kambing memang surr! Resepi untuk kari kambingnya iols share lain kali okay. Selamt menjamu selera!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!