TFValue Mart

Resepi Rendang Ayam Minang

Cara buat Rendang Ayam

Kalau cakap pasal rendang ni ada macam-macam versi tau. Rendang cili merah, cili padi, rendang minang, padang, eh, pendek kata banyak. Kali ni I nak share resepi rendang padang cam yg selalu ada kat restoran tu. Apa yang sedap kat rendang ni of coz ler rempah dia. Penyediaannya sedikit renyah tapi dijamin berbaloi dengan rasa!

Bahan Masak Rendang Ayam: 

  • 1 ekor ayam, potong sederhana
  • 1 kotak besar santan 
  • 500 ml santan cair
  • 3 biji bunga lawang 
  • 3-4 biji buah pelaga
  • 5-6 biji bunga cengkih
  • 3-5 cm kayu manis 
  • 2 biji kiub stok ayam
  • 2 helai daun kunyit 
  • 3 helai daun salam 
  • 6 helai daun limau purut 
  • 1 ruas lengkuas 
  • 2 batang serai
  • 4-5 biji bawang merah (di hiris lembut) 
  • 2-3 biji bawang putih (di hiris lembut)
  • 1/2 mangkuk kerisik

Bahan kisar

  • 12 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 ruas lengkuas
  • 1 ruas halia
  • 1 batang serai, dititik 
  • 1 sudu teh lada putih
  • 1 sudu teh jintan 
  • 1/2 biji buah pala
  • Cili padi (ikut selera)
  • Garam secukupnya
  • Cili kering (jika mahu)

Cara Masak Rendang Ayam:

  • Siapkan kuali besar dan panaskan minyak goreng secukupnya. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama daun salam, daun kunyit, daun limau, dan serai, sampai harum. 
  • Tambahkan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis. Tumis sehingga naik bau. 
  • Tambahkan bahan kisar dan lengkuas, tumis hingga harum. Selanjutnya, tambahkan ayam yang sudah dicuci. 
  • Tumis hingga semua bumbu meresap ke dalam daging ayam selama beberapa saat.  Tambahkan satu kotak santan pekat dan santan cair.  
  • Kacau hingga mendidih kemudian tambahkan stok ayam dan kerisik. 
  • Masak hingga pecah minyak dan reneh sehingga ayam dan rempah masak. Sedia untuk disajikan!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!