TFValue Mart

Resepi Rempeyek Kacang Tanah Anak Jawa

Tak sah jawanya kalau tak reti makan rempeyek atau lebih femes dikalangan org-org jawa sebagai peyek. Pendek je, yg penting sedap! Sedapnya rempeyek ni terletak kat adunannya yang mana bila siap rasa lemak berempah. 

Kalau dulu rempeyek ni org buat masa raya atau sebagai kudap2 bila ada kenduri kahwin. Sekarang tak ira hari, janji rajin dan mulut rasa nak mengunyah cemilan dah boleh buat. Ikut jer resepi kat bawah okay.

Bahan-bahan: 

  • 1 paket tepung beras 
  • 3 biji telur
  • 200ml santan (1 kotak) 
  •  1 cawan air (untuk sebatikan adunan)
  • 3 sudu makan ketumbar (dikisar)
  • 1 sudu makan jintan manis (dikisar)
  • 2 sudu makan jintan putih (dikisar)
  • Segengam ikan bilis (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (bawang kecil /dikisar) 
  • 1/2 sudu teh kapur makanan
  • 500 gram kacang tanah ( tabur atas rempeyek)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng 

Langkah Penyediaan:

  • Kisar semua bahan rempah yang perlu dikisar.
  • Dalam bekas lain, masukkan tepung beras dan garam. Masukkan telur satu demi satu. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan bahan kisar dalam bekas adunan tepung.
  • Gaul adunan dengan santan (yang sudah dicampur air) sedikit demi sedikit.
  • Gaul sehingga adunan menjadi cair. Pastikan adunan lebih cair daripadai adunan lempeng supaya dapat tekstur rangup bila digoreng.
  • Masukkan sedikit kapur makanan. Kacau lagi sehingga sebati.
  • Panaskan kuali dan minyak dengan api sederhana.
  • Gunakan acuan rempeyek atau sudip untuk membentuk rempeyek.
  • Goreng sekejap rempeyek, kemudian angkat dan letak atas dulang.Buat hingga selesai.
  • Selepas selesai semua, goreng sekali lagi rempeyek dengan pastikan kacang tanah dan ikan bilis menjadi rangup dan sedap dimakan.
  • Siap untuk dinikmati atau simpan dalam bekas kedap udara.

Tips:

  • Guna minyak yang banyak dan api sederhana sahaja supaya tepung rempeyek menjadi lebih rangup.
  • Sekiranya tidak suka kacang tanah, boleh juga gunakan kacang dhal atau ikan bilis sebagai ganti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!