Nak makan dekat Thailand, border tak buka lagi. Jadinya buat jelah sendiri.

Musim mangga kuning ni memang inilah menu minum petang wajib. Kalau dekat Thailand, pulut mangga ni jadi pilihan kalau tak jumpa makanan halal sebab diyakini status halalnya.

Nak buat pulut mangga ni tak susah pun sebenarnya. Jom tengok cara masak mudah dan cepat macam Puan Nur Shahira ni buat. Tak sampai 30 minit kat dapur pun boleh siap. sesuai untuk dimakan semua isi rumah.

Kredit: Resepi Chef

 

Bahan utama: 

  • 3 biji mangga – nak cantik potong dadu
  • Beras pulut 1 ½ cawan
  • Santan 1 kotak (Bahagikan 2 untuk pulut & kuah santan)

Contoh potong dadu. Kredit: Kumparan

 

Bahan-bahan pulut kukus:

  • Beras pulut 1½ cawan
  • Santan ½ kotak 
  • Air setengah cawan
  • Garam
  • 2 helai daun pandan

Cara penyediaan pulut kukus:

  1. Toskan pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. 
  2. Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut. 
  3. Masukkan semula pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula hingga masak.

Untuk buat kuah santan:

Bahan bahan:

  • ½ cawan santan kotak
  • 1½ cawan air 
  • 1 sudu kecil garam  
  • 1 sudu besar tepung jagung – bancuh dengan sedikit air ( kalau tak ada boleh guna tepung ubi atau beras kurang dari 1 sudu) 

Cara cara:

  1. Masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung. Masak hingga mendidih.

Terus dikacau supaya tidak berketul.

  1. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat. Kacau jangan sampai santan berketul.
  2. Kalau terlalu pekat masukkan sedikit air. Kat sini kena adjust sikit bagi kuah tu tak cair & pekat sangat. Seimbangkan rasa lemak, manis masin. Kalau tak nanti bila makan dengan pulut rasa tawar je.

Mudah je kan? Lepas dah siap ni boleh hidang cantik-cantik. Ambil gambar untuk post kat Facebook lepas tu ngap! Heehe. Tak dapat dekat Thailand, berangan makan sambil layan drama Thailand pun boleyyy.

Kredit: Nur Shahira

 

Kalau korang rasa tak tahu mana nak cari mangga yang segar dan manis, pergi je pasar raya TF Value Mart. Bukan kata takat bahan mentah je segar, buah-buahan yang ada pun segar dan molek-molek belaka.

Selamat mencuba!

 

Sumber: Nur Shahira 

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!