Mencari idea untuk resepi minum petang atau pemanis mulut? Ada pulak roti yang sedap dimakan begitu sahaja masih tak bersentuh lagi? Nak cicah air milo atau sapu kaya pun dah biasa sangat sampai tekak dah tak boleh terima? Ha, kita olah sikit la sampai jadi puding roti!
Selain bahan bahan yang mudah untuk dicari, cara cara memasak yang mudah juga menjadi salah satu sebab mengapa puding roti ini dijadikan pilihan sebagai juadah minum petang. Campak-campak je uols! Jom masuk dapur!
Bahan-bahan:
- 8 keping roti
- 4 sb mentega
- ¼ cawan kismis
- 2 cawan susu full cream
- ½ cawan gula
- 1 sk esen vanila
- ¼ sk serbuk kulit kayu manis
- Secubit garam
- 3 biji telur
- Gula perang secukupnya
Bahan Sos Kastard
- 1 tin susu cair
- 2 sb tepung kastard
- 1 cawan air
- 4 sb gula
- Secubit garam
Langkah Penyediaan:
- Sapu atau gris mentega/majerin pada dulang pembakar. Potong roti 8 bahagian dan susun potongan roti didalam dulang pembakar.
- Dalam bekas lain, masukkan susu full cream bersama gula, esen vanilla, serbuk kulit kayu manis, secubit garam dan telur. Kacau sebati semua bahan.
- Panaskan mentega sehingga cair, lalu tuang mentega diatas roti.
- Taburkan kismis dan tuang adunan susu kedalam roti. Tekan roti supaya tenggelam dan menyerap adunan.
- Rehatkan lebih kurang 5-10 minit.
- Tabur gula perang secukupnya atas adunan roti, lalu bakar dengan suhu 170˚C selama 25-30 minit sehingga puding roti masak dan permukaan roti menjadi perang.
Sos Kastard
- Masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan secubit garam. Kacau bahan sehingga larut sepenuhnya.
- Setelah larut, masukkan air dan panaskan adunan sos kastard. Masak sehingga sos kastard masak dan pekat sekata.
Tips:
- Selain hiasan taburan kismis pada puding roti, boleh juga tambahkan coklat cip ataupun kekacang seperti badam dan hazelnut.
- Bagi memastikan sos kastard sudah masak dan pekat adalah dengan lorek menggunakan hujung jari pada permukaan senduk. Sos yang sudah pekat akan tinggal bekas lorekkan pada permukaan senduk berbanding dengan sos kastard yang masih cair.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!