TFValue Mart

Resepi Puding Karamel @ Creme Caramel

Biasa makan pencuci mulut ni masa bulan puasa kan. Tapi tu lah, bila dah habis Syawal, tekak rasa rindu pulak. Peminat puding gula hangus atau puding karamel wajibla  cuba resipi ini sebab senang sangat. Bahan pun sikit jer.

Tips paling penting iols nak kasi tau of coz la  jangan kacau mixture puding ni berlebihan supaya bila dah masak nanti teksturnya tidak berongga. Satu lagi, lepas puding masak jangan terus terbalikkan. Tunggu sampai sejuk supaya tak hancur.

Bahan-bahan: 

  • 6 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • ½ cawan gula
  • 2 cawan susu segar

Gula hangus:

  • ½ cawan gula
  • 3 sudu besar air 

Langkah penyediaan:

Gula hangus:

  • Panaskan gula di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru tambahkan air dan kacau sekata.
  • Tuang dalam bekas dan ketepikan.

Puding karamel:

  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk. Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
  • Tapiskan adunan ke dalam bekas/acuan.. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
  • Tutup loyang dengan aluminium foil bagi mengelak adunan terkena air semasa mengukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.

Tips:

  • Jika tiada pengukus, uols boleh gunakan kaedah ‘water bath’ atau ‘bain marie’ dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C untuk anggaran 40-45 minit. Kaedah ini dapat menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
  • Letak air panas ke dalam loyang besar, kemudian letakkan bekas berisi puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!