TF Value Mart

Resepi Pengat Labu Manis

Pengat Labu Manis atau ada yang panggil Serawa Labu  yang sedap dihidangkan sebagai pencuci mulut atau menu minum petang. Cara penyediaannya pun senang jer. Bukan setakat sedap, labu juga sangat kaya dengan kandungan vitamin A yang baik untuk mata. Labu juga dipercayai dapat mencantikkan kulit kerana mempunyai kandungan serat, mineral dan sumber antioksida yang tinggi. 

Jom ke dapur!

Bahan-bahan: 

  • 1/2 biji labu
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar gula putih
  • 2 helai daun pandan
  • 1 mangkuk besar santan
  • 1/3 cawan gula melaka ATAU 1 keping gula nisan
  • 1/2 cawan sagu
  • 1/2 -1 sudu kecil garam

Langkah Penyediaan:

  • Rendam sagu dalam air dalam 15-30 minit. Tapis dan bilas dengan air.
  • Kupas kulit labu, bersihkan dan potong kiub besar.
  • Masukkan dalam periuk bersama air, gula putih serta daun pandan yang dicarik dan disimpul. Tutup periuk dan masak sehingga labu lembut.
  • Masukkan santan, gula melaka, dan sagu yang direndam tadi. Pastikan api perlahan supaya santan tak berketul. Kacau-kacau sedikit kuah santan dan reneh sehingga mendidih.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap sedia untuk dihidang.
Tip:
  • Rendam sagu sekejap supaya kembang kerana kita nak sagu cepat masak dan tak perlu direneh lama kerana takut santan akan mudah jadi berketul.
  • Pastikan labu sudah masak lembut barulah dimasukkan santan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!