Nak masak lauk yang korang pedas masa raya nanti. Haa ni ada idea bernas. Cuba menu Opor Ayam! Menu ini mudah disediakan dan tak pedas, sesuai sangat kalau disajikan untuk anak-anak. Sedap dihidangkan bersama nasi impit.

Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ayam kampung | potong sederhana, bersih dan toskan.
  • 3 helai daun salam
  • 2 batang serai | titik
  • 2cm lengkuas
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1250ml air
  • 200ml santan pekat/kotak
  • 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis

 

Bahan kisar:

  • 9 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 7 biji buah keras
  • 2cm halia
  • 3cm kunyit hidup | bakar
  • 1cm kencur
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 sudu teh lada hitam biji

 

Langkah penyediaan:

  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga wangi.
  • Masukkan ayam, kacau rata. Masak hingga kecut.
  • Masukkan air, daun salam serai dan lengkuas. Masak hingga ayam empuk.
  • Perasakan dengan garam, gula dan perasa ayam. Tambah air jika belum empuk.
  • Tambahkan santan ke dalamnya dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan cukup rasa.
  • Opor Ayam  sedia dihidangkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!