TF Value Mart

Resepi Nasi Tomato Macam Kenduri Kahwin

Terliur sungguh  bila teringat sedapnya makan nasi tomato, ayam masak merah, acar timun dan papadom kat kenduri kahwin. Kalau nak tunggu undangan kenduri mungkin ada yang tak boleh tidur pulak. Kita masak je la sendiri kat rumah. 

 

Nak masak nasi tomato tak lah serumit mana, cuma bahan-bahannya jer yang sedikit remeh. Boleh lah cuba masak nasi ni pulak hujung minggu. Ubah selera! Ini resepinya.

Bahan-bahan: 

  • 4 cawan beras basmati
  • 3 sm halia*
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 6 cawan air (anggaran 1 cawan beras + 1.5 cawan air)
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu besar tomato puri
  • ! biji kiub ayam
  • 1 senduk minyak sapi

Langkah Penyediaan:

  • Rendam beras selama 30 minit. Basuh dan toskan.
  • Potong halus bahan bertanda*
  • Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang telah dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga layu kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan tomato puri dan kacau rata beberapa minit.
  • Masukkan beras, susu cair, kismis, kiub ayam dan garam secukup rasa.
  • Pindahkan ke dlam periuk nasi dan masak seperti biasa.
  • Hiaskan dengan bawang goreng jika suka sebelum dihidangkan.

Kalau ada yang tidak suka pada minyak sapi, boleh gantikan dengan mentega tau marjerin biasa. masih sedap! Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

 

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!