Menu rumah terbuka Aidilfitri biasa mesti ada nasi tomato atau nasi briani. Rasa biasa sangat kan. Nak masak menu super istimewa untuk open house raya ni? Jom bawa tetamu yang hadir terbang ke Uzbekistan dengan hidangan Nasi Pilaf! Hahaa baru betul dapur terbang ni.
Bahan-bahan:
- 500gm daging (potong kiub)
- 3 cawan beras (cuci, rendam 1 jam, toskan)
- 1/2 cawan minyak
- 2 btg lobak merah (sagat halus)
- 2 biji bawang holland (hiris kasar)
- 15 ulas bawang putih (hiris nipis)
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
Bahan rempah pilaf
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan putih
- 4 helai daun bay
- 1/2 sudu besar jintan biji
- Garam secukupnya
- Serbuk perasa secukupnya
Langkah penyediaan:
- Satukan semua bahan rempah pilaf dan ketepikan
- Gorengkan daging (separuh masak) dan masukkan daun bay,bawang holland dan lobak. Kacau rata sehingga naik bau.
- Masukkan rempah pilaf. Masak sehingga daging lembut. Matikan api.
- Masakkan beras dalam periuk seperti biasa.
- Bila dah masak susun daging dan tuangkan baki rempah ke atas nasi tadi.
- Teruskan masak seperti biasa. Bila siap, ketepikan daging dan gemburkan nasi dari tepi ke tengah.
- Boleh dihidang bersama terung goreng dan sup.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 40 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!