TFValue Mart

Resepi Nasi Kerabu Bunga Telang

Nasi Kerabu ni  femes kat pantai timur, tapi sekarang dah jadi makanan feveret ramai serata Malaysia. Apa yang menarik adalah hidangan nasinya yang bewarna kebiruan daripada kelopak bunga telang. Tapi ada juga yang sediakan variasi Nasi Kerabu ni warna kuning atau putih. 

Nasi Kerabu memang sedap dimakan bila lengkap regunya. Pilihan lauk terpulang pada selera masing-masing. Ikan kering, Ikan goreng tepung,  Ayam Percik atau daging bakar biasa jadi pilihan. Lauk sampingan lain dah tentu telur masin, solok lada, keropok, budu dan ulam-ulaman. Sambal pun kena padu, barulah ngam.

Uols boleh ikut resepi kat bawah ni untuk masak sendiri kat rumah yer. Good luck!

Bahan-bahan: 

Nasi:

  • 4 cawan beras
  • Air secukupnya
  • Segengam bunga telang (rendam semalaman & kisar)
  • Serai (dititik)
  • Daun limau purut

*Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

Kuah Sambal Tumis

  • 10 cili kering
  • 3 ulas bawang merah 
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 labu bawang putih 
  • 1/2 inci halia
  • 200 gm santan pekat 
  • 3 batang serai | ketuk
  • 2 keping asam keping 
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil garam bukit halus i
  • 2 sudu besar budu
  • Minyak masak

Langkah penyediaan: 

  • Kisar cili, bawang bawang dan halia. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
  • Masukkan serai, asam. Bila mendidih, masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

*Tips: Kuah biar pekat dan masin serta manis sedikit.

Sambal Ikan Kelapa

  • 1 biji kelapa parut | goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
  • 7 ekor ikan selayang | rebus, ambil isi & tumbuk
  • 5 ulas bawang merah
  • Nise @ gula (kalau guna nise, cincang halus)
  • Garam secukup rasa
  • 4 batang serai
  • 1 sudu kecil lada hitam | tumbuk

Langkah penyediaan:

  • Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan isi ikan dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. Masak sekejap untuk tahan lebih lama.

Solok Lada:

  • 100g kelapa parut
  • 3 ekor ikan selayang | rebus, ambil isi dan tumbuk kasar
  • Cili hijau | belah buang biji 
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecik lada hitam | ditumbuk
  • Garam dan gula

Langkah penyediaan:

  • Kisar bawang. Kemudian masukkan ke dalam kelapa bersama isi ikan. Gaul sebati. Kemudian sumbat ke dalam cili hijau.
  • Susun ke dalam pan dan masukkan santan. Masak sehingga santan hampir kering.

Sambal Cili:

  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili besar (kalau tak nak pedas)
  • Garam
  • Gula
  • Cuka

Langkah penyediaan:

  • Kisar kesemuanya. Apabila siap kisar, keluarkan dan hidang di dalam mangkuk.

Ulam ulaman:

  • Kubis
  • Tauge
  • Kacang panjang
  • Bunga kantan
  • Daun serai kayu
  • Pucuk selom

*Hiris halus-halus dan sedia untuk dihidangkan.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!