Jemu jugak kalau tengah2 malam asyik makan mee segera je. Apa kata cuba resepi baru yang sis nak share ni. Nama dia Murtabak Maggi! ? Lepas dah cuba, sis yakin korang mesti nak buat lagi. Boleh jugak jadi kan pembuka selera untuk anak2 uolls. Makan pulak dengan mayonis, confirm nak makan hari2 ?
Bahan-bahan:
- Mi Segera Perisa Kari
- 100 gram Ayam Cincang
- 1 Biji Bawang Besar
- 1/2 Biji Cili Besar Merah
- 2 Biji Telur
- Perencah Kari
- Lobak merah
- Daun Ketumbar
Cara-cara:
- Rebus mi segera selama 2 minit mengikut arahan pada bungkusan mi. Angkat, toskan dan ketepikan dahulu.
- Goreng ayam dengan sedikit minyak sehingga ayam masak . Angkat dan ketepikan.
- Goreng pula bawang besar dengan sedikit minyak sehingga garing bersama cili besar merah. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan telur ke dalam mangkuk dan campurkan dengan perencah mi segera, pukul hingga sebati.
- Kemudian, masukkan bawang dan cili yang digoreng tadi, lobak merah, ayam yang telah digoreng tadi, daun ketumbar serta mi segera yang telah direbus. Gaul kesemuanya sehingga bersalut dengan telur.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak, ambil separuh mi segera yang bersalut telur tadi dan goreng sehingga bawahnya kekuningan dan terbalikkan. Siap!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!