TF Value Mart

Resepi Mudah Udang Khamped: Masam, Pedas & Pekat, Confirm Jadi!

Bila masak Udang Khamped, confirm satu rumah tak sabar nak makan. Hidangan masam, pedas, dan pekat ni memang sentiasa jadi favourite seisi keluarga. Nak buat pun senang, semua bahan pun senang dapat dekat TF Value-Mart. Jadi ini resepi Udang Khamped, selamat mencuba! 🍤✨

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 2 biji cili hidup (merah)
  • 5 biji cili api (hijau)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Daun limau purut
  • 1 keping asam keping
  • Serbuk perasa
  • Kacang panjang (optional)

Cara-cara:

  1. Gaul udang bersama garam dan kunyit. Goreng hingga udang masak 3/4 kemudian toskan.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili.
  3. Tumis bahan yang dikisar menggunakan minyak goreng udang.
  4. Tambah cili kisar dan pes tomyam.
  5. Perasakan dengan sos cili, sos tiram & sos ikan.
  6. Masukkan daun limau, asam keping, garam dan serbuk perasa.
  7. Tambah air jika perlu.
  8. Masukkan udang dan kacang panjang.
  9. Sedia dihidangkan.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 50 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!