Wee~ first time kita buat Pudding Cheese.. Memang menjadi! Dia punya sedap tu uish tak terkata hihi Paduu 🤤 Hidangan ni sesuai dibuat untuk makan petang dengan keluarga. Yang pastinya tak amik masa yang lama pun tauu. Tunggu dalam sejam dua bagi puding keras, dah boleh makan! Yummy 😍 Meh cuba resepi ni pulak okay?
Selamat mencuba semuas!
Bahan-bahan:
- 100 gram cream cheese
- 600 ml susu full cream
- 1 sudu tepung jagung
- 1 paket serbuk agar-agar
- 100 gram gula
- Esen vanila
- 1 sudu marjerinPewarna kuning
Cara penyediaan:
- Masukkan cream cheese, susu fullcream, tepung jagung & serbuk agar-agar ke dalam blender. Blendkan sehingga semua bahan tadi sebati.
- Kemudian, tuangkan ke dalam bekas untuk di masak seketika. Masukkan lebihan susu fullcream, gula, esen vanila dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan pula marjerin, sedikit pewarna kuning dan kacau sehingga sebati. Masak dengan api yang kecil sehingga mendidih
- Bila adunan dah mendidih, tutup api dan tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang disediakan.
- Kemudian, masukkan ke dalam peti ais. Biarkan sehingga puding mengeras.
- Bila puding dah mengeras, boleh keluarkan dari peti ais & hidangkan di atas pinggan. Sedia untuk di makan bersama keluarga!
Resepi ni sangat mudah ye, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 45 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!