Ramai ke peminat pencuci mulut kat sini? Nah hari ni Cik Dee kasi resepi mudah untuk yalls cuba! Resepi Potato Baked Cheese.. Yang pastinyaa bila yalls tengok keju tu meleleh, aduhh serius terliur dan membangkit selera.
Selamat mencuba
Bahan:
- 6 biji kentang saiz besar
- 4 sudu besar UHT whipped cream atau fresh milk
- 250gm daging cincang
- 1 biji labu bawang besar (potong dadu)
- 3 ulas bawang putih **
- 3 sudu besar butter
- 1 sudu kecil oregano
- 1 kiub ayam
- Cheddar cheese
- Olive oil
- Daun parsley (dihiris kasar)
- Sedikit serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan (inti):
- Panaskan butter dan olive oil. Tumis bawang putih hingga layu
- Masukkan daging cincang dan goreng hingga airnya kering.
- Masukkan bawang besar dadu
- Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan kuib ayam. Gaul hingga rata. Angkat dan sejukkan.

Cara penyediaan (Baked Potato):
- Cuci bersih kentang dan potong dua.
- Bakar atau kukus hingga lembut dan boleh dicucuk. Sejukkan sebentar.
- Korek isi kentang dan lecek isi yang dikorek tadi. Gaulkan bersama-sama inti hingga rata.
- Masukkan daun parsley cincang, oregano dan uht whipped cream/fresh milk. Gaul rata.
- Masukkan inti ke dalam kentang yang dikorek tadi. Letakkan cheddar cheese atasnya. Bakar selama 15 minit api atas bawah hingga cheese cair.
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!













