TF Value Mart

RESEPI MUDAH NASI LOBAK MERAH BERLEMAK

Balik balik Nasi Ayam? Takpe, jangan risau.. Cik Dee ada untuk bantu yalls hihi Minggu ni mari lah kita cuba buat Nasi Lobak Merah Berlemak ๐Ÿ˜ Confirm shedap korang! Boleh padankan dengan Ayam Briyani, Ayam Masak Merah dan lain-lain.

Selamat mencuba!

Bahan:

  • 6 cawan beras basmathi
  • 7 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 batang carrot ( 1 batang disagat 1 batang lagi dikisar dan tapis ambil airnya – kisar guna 7 1/2 cawan air )
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 biji bawang besar dikisar
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 camca kecil garam
  • Sedikit minyak utk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Tumiskanย  minyak
  2. Masukkan bawang besar yang dikisar, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Masak hingga naik bau.
  3. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan air carrot, masukkan kiub pati ayam dan garam.
  5. Masukkan susu cair kemudian masukkan beras yang telah dibasuh.
  6. Masak dlm rice cooker.
  7. Apabila air nasi kering, masukkan carrot yang di sagat dan masak hingga nasi masak.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!