TFValue Mart

Resepi Mudah, Nasi Ala Kak Wok

Sekali sekala selera kita ni mesti nakkan something yang biasa-biasa je kan? Jadi hari ni meh kita cadangkan yalls pekena Nasi ala Kak Wok. Makan dengan nasi putih, ayam goreng, sambal belacan & timun, fuh memang terangkat. Lagipun nak buat resepi kali ni tak ambil masa yang lama pun. Cuma pastikan masak nasi & ayam goreng tu lebih ye hihi Kot2 ada yang bertambah dua pinggan🥳

Selamat mencuba 🙌

Bahan (Gulai):

  • ½ cawan minyak masak
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk rempah kerutuk
  • 1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
  • 1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang & leher)
  • 3 batang kacang panjang
  • 1 biji terung panjang
  • 1 cawan santan segar / ½ kotak kecil santan
  • Sedikit gula nisan
  • Garam
  • 1 keping asam keping
  • 5-6 tangkai cili padi

Bahan-bahan (Sambal belacan):

  • 15 – 20 biji cili padi
  • 3 – 4 biji cili merah
  • 4 biji limau kasturi (buang biji)
  • 1 inci belacan
  • ½ cawan air pati asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan-bahan (ayam goreng):

  • ½ ekor @ 600g ayam
  • 1 – 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • ½ sudu besar serbuk kari daging
  • 1 – 2 tangkai daun kari
  • 1 – 2 sudu besar tepung goreng ayam segera
  • Minyak untuk menggoreng

 

Cara penyediaan:

  1. Cara-cara untuk gulai:
  • Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.
  • Bancuh serbuk rempah kari daging dan serbuk rempah kerutuk dengan air.
  • Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus, bancuhan kari dan cili kisar atau serbuk cili. Gaul dan masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan 1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang dan leher) dan gaul. Kemudian, biarkan sehingga ayam separuh masak serta kering air.
  • Masukkan air.
  • Masukkan sayur kacang panjang dan terung yang telah dipotong, santan, gula nisan atau gula melaka dan garam secukup rasa.
  • Tambah air atau santan jika kuah kelihatan kering.
  • Masukkan cili padi dan asam keping
  • Masak sehingga sayur lembut dan gulai masak pekat sekata.
  1. Cara-cara (Ayam goreng):
  • Potong ayam kepada ketulan saiz kecil
  • Gaul sekata ayam dengan garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, daun kari dan sedikit tepung goreng ayam segera. Kemudian, perap ayam.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga garing dan keperangan.
  • Selepas itu, hidangkan dengan nasi, gulai dan sambal belacan. Nasi ala kak wok sudah siap!
  1. Cara-cara (Sambal belacan):
  • Kisar kasar cili, belacan bakar, hirisan limau kasturi, air asam jawa, garam, gula dan cukup perasa.

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!