Buat kuih seri muka dengan mengikut sukatan cawan.

Kuih Seri Muka ni antara kuih yang popular Ketika bulan Ramadan. Masa PKP 1.0 dulu sis belajar buat guna resepi ni, memang menjadi! Yang penting sukatan dia menggunakan cawan. Jadi takla kita yang baru belajar ni blur nak buat haha 

Kuih ini dibentuk dengan 2 lapisan warna, lapisan bawahnya berwarna putih dan lapisan atasnya berwarna hijau. Sis suka habiskan yang lapisan atas dulu!! Siapa geng? 

Jom sis kongsikan resepi mudah buat kuih ini dengan mengikut sukatan cawan. Lepas ni kalau teringin, dah boleh buat sendiri. Jimat tu!

Bahan-bahan (Lapisan Bawah): 

  • 3 cawan beras pulut – rendam 1 – 2 jam 
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cawan santan cair fresh (boleh guna santan pekat kotak yang dicampur air)
  • 2 sudu teh minyak masak

Cara membuat: 

  1. Angkat dan toskan beras pulut tadi sampai kering kemudian siapkan loyang dan sapukan minyak pada sekeliling loyang. satukan semua materi diatas tadi kedalam loyang kemudian gaul sampai sebati.
  2. Selepas tu kukus di dalam pengukus yang sudah mendidih airnya selama lebih kurang 30 minit. kacau sekali kala biar masak merata.
  3. Apabila sudah masak tekan pulut tadi biar padat dan mampat dalam loyang. sedia untuk dilapis dengan lapisan kedua.

Bahan-Bahan (Lapisan Atas):

  • 2 cawan santan pekat
  • 4 helai daun pandan + 150 ml air (kisar dan tapis biar jadi air pandan)
  • 3/4 cawan gula pasir 
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • pewarna hijau

Cara Membuatnya

  1. Campurkan tepung gandum, telur, tepung jagung, santan pekat, garam dan gula kedalam bekas yang sesuai kemudian kacau sampai sebati. tuangkan air dan kacau lagi sampai rata. masukkan air tapisan daun pandan dan pewarna hijau kemudian kacau sampai rata boleh guna whisker.
  2. Untuk memastikan tidak ada bintilan anda boleh tapis adunan tersebut, apabila anda sudah memastikan bahawa adunan atas sudah siap boleh tuangkan pada loyang yang berisi beras pulut yang sudah dikukus tadi.
  3. Kukus adunan selama lebih kurang 30 minit atau sampai masak, biar mengelakkan air kukusan tidak menitik pada kuih boleh balut epilog pengkus dengan kain higienis dan setiap 10 minit buka epilog untuk menghilangkan wap air.
  4. Apabila  sudah masak angkat dan sejukkan kemudian potong mengikut sesuka hati anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!