Resepi Kerabu Sotong yang Cik Dee buat kali ni.. Serius mengancam & menggoda ye! Masa buat je pun terliur HAHA Tak perlu guna banyak bahan & masa nak buat pun memang cepat. Resepi ni sesuai untuk makan tengah hari or makan malam.. Tapi jangan lupa hidangkan sekali dengan nasi putih panas ye. Selamat mencuba!
Bahan:
- 2 biji mangga (Diparut memanjang)
- 5 ekor sotong (Dipotong & dicelur)
- 1 batang serai (dihiris halus)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 1 biji tomato (dihiris)
- 10 batang cili padi (dihiris)
- Udang kering (disangai dan ditumbuk)
- Kacang tanah (disangai dan ditumbuk kasar)
- Daun ketumbar
- 3 sudu besar jus limau nipis
- 2 sudu besar sos ikan
- Gula
- Garam
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan-bahan kecuali jus limau nipis, sos ikan, gula dan garam sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan jus limau nipis, sos ikan, gula dan garam.
- Sedia untuk dihidang.
Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 47 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!