Berbuka tak semestinya kena menu yang rumit. Kadang yang simple itulah paling menjadi. Ayam Goreng Belengas contohnya. Mudah nak buat, tapi rasa memang padu. Nak cari bahan pun tak susah, semua ada di TF Value-Mart. Senang cerita, Ramadan ni memang settle.
Bahan-bahan:
- Ayam
- Serbuk Kunyit
- Garam
- Bawang holland
- Bawang putih
- Baby corn
- Carrot
- Brokoli
- Cili besar merah
- Sos tiram
- Sos cili
- Kicap
- Karamel Masakan (Tak perlu masukkan garam dan gula)

Cara-cara:
- Gaulkan ayam dengan garam & kunyit.
- Panaskan minyak masak & goreng ayam sehingga separuh masak sahaja.
- Buangkan sedikit minyak goreng ayam tadi kemudian tumis bawang putih & bawang holland.
- Dah naik bau, masukkan sayur-sayuran kegemaran (carrot, brokoli & baby corn)
- Masukkan ayam yang digoreng tadi.
- Perasakan dengan sos tiram, sos cili, kicap manis, karamel masakan
- Masukkan sedikit air untuk kuah.
- Biarkan sampai mendidih dan dah boleh tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan.
Tips tambahan: Tak perlu masukkan gula atau garam, sebab sos-sos dah cukup dengan rasa

Resepi ni sangat mudah, semua golongan pun boleh buat tau! Yang penting korang kena guna bahan-bahan segar & boleh dapatkan di TF Value-Mart yang telah menyajikan pelbagai produk untuk semua sejak 1957 melalui 51 cawangan seluruh Malaysia. Dah singgah TF Value-Mart ke belum? Kalau belum, jom gerak sekarang!











