Kalau beli, mau mahal jugak kosnya. Baiklah buat sendiri. Jimat dan mudah jeeee

Sejak PKP ni, korang perasan tak menu burnt cheesecake ni menjadi-jadi betul popularitinya. Macam-macam versi ada, daripada yang kukus lepas tu burn kan sendiri guna torch sampailah ke oven.

Tapi yang paling femes sekali guna air fryer. Haa, kalau korang nak tahu guna air fryerlah paling senang nak buat. Jom kita tengok resepi mudah dan sedap masak burnt cheesecake guna air fryer dari Puan Kirubaa Nandini ni.

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • ½ cawan gula
  • 250g cream cheese
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • ½ cawan whipping cream
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu perahan lemon

Kredit: Eikha Zakaria

Cara penyediaan:

  1. Blend semua bahan mula dengan cream cheese, gula, telur, whipping cream, tepung gandum, esen vanilla dan perahan lemon.
  2. Bakar guna air fryer 2 kali: 180c – 25 minit dan 160c – 40min

Mudah je kan? Tak payah renyah-renyah. Lepas tu korang tak payah susah-susah ikut step sebab bahan tu semua blend je. 

Yang gelap tulah yang sedap. Kredit: Kirubaa Nandini

Risau susah nak jumpa cream cheese? Ala, korang pergi je bahagian sejuk dekat pasar raya TF Value Mart, mesti ada punyalah. 

Selamat mencuba!

Kredit gambar utama: Home Cooking Adventure

Sumber: Kirubaa Nandini

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!