TFValue Mart

Resepi Mudah Ayam Masak Kicap

Masak kicap ni lauk yang sangat mudah dan cepat disediakan. Paling penting, lauk yang sangat disukai ramai. Nak letak karot, kentang dan semuanya hanya accesories sahaja. Rasa suka, boleh lah masukkan.

Masak kicap pun, ada 2 jenis. Ada yang suka kicap berkuah dan ada yang suka kicap kering melekat. Tepuk perut tanya selera.

Bahan-bahan: 

  • 5-10 ketul ayam (dipotong dan digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam)
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 bawang besar, potong bulat
  • 2 tangkai cili hijau, dihiris
  • 2 tangkai cili merah, dihiris
  • 5 tangkai cili padi, diketuk
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 4 sb kicap manis
  • 1 sb minyak bijan (minyak biasa pun boleh)
  • 1 sk kicap pekat
  • Sedikit rempah 5spice.

Langkah Penyediaan:

  • Goreng ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan ketepikan.
  • Tumbuk lumat bahan bertanda *.
  • Dalam mangkuk lain, gaulkan sos tiram, sos cili, kicap manis, minyak bijan dan kicap pekat.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau. Tambahkan bahan-bahan yang ditumbuk dan cili padi.
  • Masukkan campuran sos dan kacau sebati. Tambah sedikit air dan sedikit garam. Kacau hingga mendidih.
  • Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kacau sebentar dan campurkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan taburkan sedikit rempah 5spice.
  • Perasakan. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.

Tips:

  • Lebihkan minyak dalam tumisan sebab masak kicap yang sedap kuahnya mesti pekat berminyak. Jangan risau, lebihan minyak tu  oleh dibuang apabila siap masak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!