Menu paling light yang sesuai untuk hidangan makan petang. paling sedap bila tambah kicap.

Kalau pergi Kelantan, selain nasi kerabu hidangan wajib lain yang kena korang cuba ialah mi kuah. Sekali pandang boleh kita ingatkan mi sup, tapi bila dah rasa memang lain betul penangannya.

Kredit: Azita Abdul Rahim

 

Mi kuah Kelantan ni agak light kalau nak dibandingkan dengan nasi. Jadi kalau korang tak lalu nak makan nasi, bolehlah cuba resepi dari Puan Diana Azhar ni. Resepi paling simple tapi ya ampun! Sedap tak boleh bawa bincang.

Bahan:

  • bawang putih**
  • bawang holland**
  • cili padi**
  • isi ayam (kalau nak letak seafood pun boleh) 
  • sayur campur 
  • lada putih
  • sos tiram
  • telur
  • mee kuning
  • air

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk kasar semua bahan **
  2. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam. Masak sekejap sebelum masuk bahan tumbuk tadi.
  3. Masukkan air, sos tiram, sayur, bawang holland yang dipotong kasar, lada putih, gula. Kacau sekejap dan masukkan telur.
  4. Lepas telur dah nampak keras sikit, masukkan mi dan kacau perlahan.

Siap untuk dihidang! 

Kredit: Diyana Azhar

 

Sebelum makan, korang boleh perahkan limau nipis sikit, tabur bawang goreng dengan daun sup sikit untuk naikkan bau dia. Kalau yang suka pedas tu boleh juga makan dengan sambal kicap. Tapi kalau tak ada sambal kicap pun dah sedap sebenarnya.

Kalau dapat hirup panas panas, memang lagi kaw rasa dia. Kalau buat untuk anak-anak mesti dorang suka. Siap bertambah-tambah nanti.

Kredit: Diyana Azhar

 

Memang resepi mudah betul ni. Dah lah mudah, cepat pula tu. Semuanya main campak je. 

Korang jangan lupa cuba tau. Kalau korang ada tips rahsia nak sedapkan lagi mi kuah Kelantan ni, bolehlah share dekat ruangan komen Sinaran Wanita 

https://www.facebook.com/100000139767313/videos/4034783409869611

 

Sumber: Diana Azhar

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!